Tuesday, January 4, 2011

TENTANG MINDA TULUS ENTERPRISE

MISI AFDHAL

MISI DAN VISI JENAMA AFDHAL

Matlamat utama jenama Afdhal adalah untuk menghasilkan produk-produk berkualiti dan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat demi menjamin kesihatan dan kecantikan yang bersifat jangkamasa panjang, InsyaAllah. Rangkaian produk Afdhal menjadikan biji aprikot sebagai salah satu ramuan penting dalam setiap produknya kerana terlalu banyak kebaikan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan darinya. Biji aprikot yang kaya dengan B17 atau juga dikenali sebagai amigdalina akan menambahkan lagi kehebatan produk-produk Afdhal disamping ramuan-ramuan lain yang juga mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri. Ramuan-ramuan asli dari ciptaan Allah disatukan bersama biji aprikot bagi menghasilkan produk-produk yang unik dan lain dari yang lain. Hasilnya, kesihatan dan kecantikan dikekalkan dan malah mampu dipertingkatkan. Fokus utama syarikat Minda Tulus Enterprise adalah kesihatan dan kecantikan pengguna....tanpa risiko dan tanpa kesan sampingan. 

Membeli belah cara bijak dan mudah

Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan anda....anda boleh lakukannya hanya dengan duduk di depan komputer anda sambil menekan keyboard untuk meninjau-ninjau apa barang yang ada dipasaran dan kemudiannya membuat pilihan dan akhirnya pesanan......Barangan yang anda pesan akan sampai ke rumah anda tanpa anda perlu membazir wang anda untuk kos petrol kereta anda untuk ke kedai/supermarket.................tak perlu juga bersesak-sesak di jalanraya dan di kedai lagi. "Convenient Shopping" ini tercipta dengan kehadiran internet di hampir setiap rumah di seluruh dunia. Bagi yang sudah biasa dengan cara membeli-belah yang sebegini tentu faham apa yang saya maksudkan. Website ini saya bina, selain dari sebagai medium saya untuk berkongsi ilmu dan pandangan terutama yang dapat memberi manfaat kepada semua kaum wanita, ianya juga bertujuan membawa pusat membeli belah kedalam rumah anda, produk-produk yang saya paparkan di sini adalah  khusus buat kegunaan wanita dan bagi yang dah berkeluarga, saya kumpulkan juga produk-produk untuk anak-anak dan para suami.....zaman cyber ni, wanitalah yang banyak menentukan apa yang diperlukan oleh keluarga mereka....betul tak? Saya seorang isteri dan ibu dan saya banyak melakukan aktiviti membeli belah dari rumah semenjak dua tahun yang lalu. Oleh yang demikian, saya alu-alukan anda untuk membeli belah di website saya ini......selamat membeli belah dan mudah-mudahan website ini dapat mempertemukan anda dengan apa yang anda perlukan dan juga mudah-mudahan kita sama-sama beroleh manfaat dunia dan akhirat dari website yang tidak seberapa ini.

No comments:

Post a Comment