Sunday, February 20, 2011

khasiat biji aprikot

SEDIKIT INFO MENGENAI APRICOT
vitamin b17 boleh di dapati dari biji
apricot...
Apricot dipercayai berasal dari China
yang mana buah ini telah ditanam
sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini
turut ditanam di India dan Tibet.
Kaum Hunza yang tinggal di
pergunungan Himalaya sebagai
kaum yang berumur panjang, amat
menghargai buah ini kerana
kebaikan yang diberikan olehnya
terhadap kesihatan mereka
semenjak 1500 tahun dulu.
Apricot juga terkenal sebagai
makanan kesihatan oleh pengamal
perubatan Greek sementara orang
Rom pula mendedikasikan buah ini
kepada Venus, dewi cinta mereka.
Apricot telah diperkenalkan di
eropah semasa zaman Alexander The
Great.
Apricot termasuk dalam kelas
subasid. Asid ini boleh didapati
ketika buah ini masih belum masak
sepenuhnya. Keasidannya akan
semakin berkurangan manakala
kandungan gula nya akan semakin
meningkat semasa buah ini dalam
proses masak.Apricot merupakan
buah yang berbiji dan mengandungi
pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak
dan bunga dari buah aprikot telah
digunakan di dalam bidang
perubatan sejak berkurun lamanya.
Di China ubat yang digelar Apricot
Gold diperbuat daripada biji pokok
yang ditanam di kawasan tertentu.
Ubat ini dikatakan dapat
memanjangkan umur.Apricot bagus
untuk amenia kerana ia
mengandungi zat besi yang
tinggi.Walaupun kandungan kuprum
dalam buah adalah sedikit namun
mineral itu dapat menjadikan besi
tersebut dimanfaatkan oleh
tubuh....masih banyak lagi khasiat
dari buah aprikot...
Aprikot pulihkan badan selepas
berhenti merokok
Aprikot sejenis buah yang berwarna
kuning yang sama rupanya seperti
buah plum atau pic. Ia kaya dengan
beta-carotene, sejenis bahan anti
pengoksida dalam vitamin A, dan
berkalori rendah. 3 biji buah aprikot
membekalkan beta-carotene lebih
50 % daripada keperluan harian dan
hanya 50 kalori.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa
pemakanan yang kaya dengan beta-
carotene seperti aprikot
menghindarkan penyakit barah,
terutamanya di bahagian tenggorok,
paru-paru dan pankreas.Buah
aprikot sesuai diamalkan oleh
mereka yang sudah atau berhajat
untuk berhenti merokok kerana ia
berperanan menghilangkan kesan-
kesan nikotin, sekaligus
mempercepatkan proses pemulihan
dan penyembuhan. Kandungan
beta-carotene dalam buah aprikot
juga membantu menghindarkan
pengerasan dalam saluran darah
yang menjadi punca penyakit
jantung karonari.
Selain dapada itu, aprikot sesuai
diamalkan oleh wanita yang baru
putus haid kerana buah itu
mengandungi boron, yang
merangsangkan pengeluaran
hormon seks estrogen. Aprikot juga
membekalkan garam galian kalium. wassalam.